fbpx

Parlimen perlu bersidang kutuk kekejaman Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membuat usul tergempar mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap rakyat Palestin.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Parlimen perlu bersidang bagi membentangkan usul berkenaan kekejaman itu.

“Ia akan menyerlahkan solidariti rakyat Malaysia tanpa mengira parti dan ideologi dalam menyuarakan pendirian Malaysia secara tegas dan keras terhadap aksi teroris dan kebiadaban Israel.

“Parlimen Malaysia juga mesti turut mengusulkan agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu segera campur tangan sebelum ramai lagi nyawa orang awam terutama wanita dan kanak-kanak terkorban,” katanya di sini tadi. -K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI