fbpx

Deria rasa, bau Nabila Huda hilang sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila

PETALING JAYA – Setelah masuk hari keempat menjalani kuarantin kendiri di rumah, pelakon Nabila Huda kembali berdepan simptom kehilangan deria rasa dan bau akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 36, dia sudah memiliki semula deria rasa dan bau semalam namun segala-galanya hilang pada hari ini.

“Sebenarnya semalam saya sudah gembira sebab boleh bau dan rasa tetapi hari ini punah semuanya.

“Susah sangat nak faham tetapi saya berusaha kerasa untuk masuk dalam dunianya (Covid-19). Virus ini beri saya gembira sahaja,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 itu sempat berseloroh walaupun sakit, dia tetap akan memakai alat solek.

“Hilang deria pun, gincu bibir tetap kena pakai. Kecantikan kena jaga !,” selorohnya.

Terdahulu, Nabila dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 pada 12 Mei lalu dan menjalani tempoh kuarantin di rumahnya.

Bagaimanapun, anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu tidak berkongsi punca jangkitan secara terperinci. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI