fbpx

Syarikat paip minyak AS bayar wang tebusan lebih RM20 juta kepada penggodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saluran paip Colonial di Carolina Utara. - Getty Images

WASHINGTON- Pengurusan saluran paip minyak utama Amerika Syarikat(AS),  Colonial Pipeline membayar wang tebusan hampir AS$5 juta (RM20.7 juta ) kepada kumpulan penjenayah Eropah Timur minggu lalu.

Kumpulan penjenayah itu menggodam sistem komputer  paip minyak terbesar di AS tersebut, menyebabkan operasinya lumpuh.

Sindiket itu meminta wang tebusan untuk Colonial Pipeline beroperasi semula.

Saluran berita Bloomberg News melaporkan bahawa Colonial Pipeline membayar wang tebusan itu beberapa jam selepas serangan siber berlaku Jumaat lalu.

Syarikat Alpharetta yang mengendalikan Colonial Pipeline berkata, pihaknya membayar wang tebusan itu dalam bentuk matawang maya yang tidak boleh dikesan.

Selepas menerima bayaran itu, mereka memberikan aplikasi penyahkod untuk memulihkan sistem komputer Colonial Pipeline.

Bagaimanapun, syarikat itu memilih menggunakan sistem sokongan sendiri ekoran penyahkod yang dihantar berfungsi dengan lembab.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) percaya serangan siber melumpuhkan itu dilakukan oleh kumpulan penjenayah Rusia dikenali sebagai Darkside.

Colonial Pipeline menyatakan bahawa pihaknya memulakan semula operasi petang Rabu lepas manakala menjelang pagi semalam semua perkhidmatannya kembali normal.- Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI