fbpx

Pasukan Liga M perlu pelihara gelembung sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI mengingatkan pasukan Liga M yang terpalit di zon PKPD perlu mencari venue baharu perlawanan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier.

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyeru pasukan Liga Malaysia (Liga M) agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan sepanjang tempoh rehat bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Sebagai rekod, saingan Liga M ditangguhkan sejak Ahad lepas dengan Liga Super berehat sehingga 8 Julai manakala Liga Premier hingga 17 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya mengambil berat dengan pematuhan SOP dalam usaha membendung kluster pandemik Covid-19 sepanjang penganjuran Liga M musim ini.

“Saya menyeru kepada semua yang terlibat dalam industri bola sepak agar sentiasa kekal berdisiplin mematuhi SOP dan Protokol Am Individu yang telah ditetapkan.

“Ini kerana MFL mahu memastikan perjalanan Liga M 2021 kekal berjalan mengikut jadual, di mana SOP gelembung sukan haruslah dijaga rapi oleh semua pihak bola sepak negara,” katanya.

Pada masa sama, Ab. Ghani mengingatkan semua pasukan diwajibkan menjalani ujian RTK Antigen sebelum atau pada hari perlawanan pertama, selepas tamat tempoh rehat nanti.

“Gelembung sukan MFL yang dibuat sepanjang penganjuran Liga M sebelum ini secara automatik akan ‘pecah’ apabila pemain serta pegawai dibenarkan bercuti atau menyertai tugasan pasukan kebangsaan.

“Justeru mereka dikehendaki wajib membuat semula saringan atau Ujian RTK Antigen bagi memastikan mereka semua bebas daripada sebarang gelaja Covid-19,” katanya.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini gah mendahului saingan Liga Super manakala Sarawak United pula mengungguli kancah Liga Premier.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI