fbpx

Kertas siasatan guru galak rogol diserahkan kepada DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang guru menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan merogol dan ugutan rogol dari rakan sekelas telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menunggu maklum balas daripada DPP untuk tindakan seterusnya.

“Kertas siasatan sudah lengkap dan telah dihantar kepada DPP. Kita tunggu apa keputusannya,” katanya ringkas pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan kes seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah didakwa bergurau keterlaluan apabila menggalakkan pelajar-pelajarnya melakukan perbuatan merogol.

Sebelum ini, polis menerima dua laporan polis daripada seorang pelajar perempuan sekolah menengah berusia 17 tahun berhubung perkara tersebut.

Perkara itu tular menerusi pengguna Twitter bernama Ain apabila menyatakan kejadian itu berlaku 23 April lalu ketika kelasnya sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan guru lelaki berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya pagi tadi memberitahu, guru yang didakwa membuat lawak rogol sehingga membangkitkan kemarahan banyak pihak baru-baru ini telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sehingga siasatan berhubung perkara itu selesai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI