fbpx

Kelantan benarkan enam individu dalam majlis akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seramai enam individu termasuk pasangan pengantin dibenarkan untuk menghadiri majlis akad nikah di Kelantan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh, berkata, selain pasangan pengantin, seorang jurunikah, seorang wali dan dua orang saksi dibenarkan hadir dalam majlis itu bermula 12 Mei hingga 7 Jun.

Katanya, majlis akad nikah perlu dilaksanakan dalam tempoh tidak lebih satu jam dan hanya boleh dilakukan di premis persendirian, surau atau masjid dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis resepsi tidak dibenarkan.

“Sepanjang tempoh PKP, semua kursus praperkahwinan, perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara dijalankan secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Che Mohd. Rahim, sebarang arahan atau peraturan tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI