fbpx

40 jemaah solat sunat Aidilfitri di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Terengganu membenarkan solat sunat Aidilfitri yang bakal didirikan esok dilaksana dengan kapasiti 40 jemaah lelaki di setiap masjid dan surau.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kapasiti itu tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid dan surau berkenaan.

“Kapasiti jemaah tersebut terpakai bagi solat Jumaat di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Begitupun, seramai 20 jemaah sahaja dibenarkan bagi setiap solat fardu. Kriteria jemaah ialah ahli kariah masjid dan surau berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, individu bukan warga negara tidak dibenarkan mengikuti aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Terengganu sepanjang tempoh PKP tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang memperkenan prosedur operasi standard (SOP) masjid dan surau yang baharu itu menzahirkan dukacita dengan peningkatan kes positif Covid-19 pada masa kini.

“Baginda menzahirkan dukacita dan memahami kesulitan dan kesusahan dihadapi rakyat menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri esok.

“Rakyat diseru agar bersabar dan sentiasa berdoa agar dilindungi Allah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI