fbpx

100 individu kecewa tidak terima baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa menunjukkan pesanan WhatsApp daripada pihak syarikat yang memaklumkan akan membuat pemulangan wang kepada semua pembeli.

ALOR SETAR – Hajat lebih 100 individu untuk bergaya sakan dengan baju baharu pada Hari Raya Aidilfitri berkecai apabila mereka mendakwa pakaian yang dibeli daripada sebuah syarikat di Facebook masih belum diperoleh sehingga ke hari ini.

Lebih menyedihkan apabila mereka mendakwa mengalami kerugian antara RM39 hingga RM999.

Menurut seorang pembeli, syarikat tersebut memaklumkan tidak dapat menyediakan tempahan baju kerana mengalami masalah pengeluaran yang didakwa berlaku di peringkat kilang.

Pihak syarikat menerusi pesanan di aplikasi WhatsApp­ kepada pembeli yang terlibat juga menyatakan, mereka hanya boleh mengembalikan wang pada hujung tahun ini atau mungkin hingga dua tiga tahun lagi.

Seorang mangsa dikenali sebagai Suraya, 31, berkata, dia tertarik dengan jualan promosi di Facebook yang menawarkan baju kurung pada harga serendah RM39.

“Saya terus beli lima pasang baju kurung termasuk untuk kakak ipar, malangnya sehingga hari ini baju itu tidak sampai.

“Saya ada menerima Whats­App dari syarikat terbabit yang memohon maaf atas masalah berkenaan dan menyatakan mahu membuat pulangan wang, tetapi mungkin mengambil masa setahun atau tiga tahun lagi,” katanya yang akan amembuat laporan polis dalam masa terdekat ini.

Seorang lagi pembeli yang mahu dikenali sebagai Syikin, 36, berkata, dia bernasib baik kerana hanya menempah sehelai baju kurung.

“Saya terpaksa membeli baju kurung lain untuk sambutan hari raya ini,” katanya.

Dakwanya, pihak syarikat menerusi akaun Facebook kelmarin membuat permohonan maaf secara rasmi selain menyatakan akan mengembalikan wang kepada pembeli yang terlibat.

“Pihak syarikat juga me­mi­n­ta orang ramai hentikan melabelkan mereka sebagai scammer,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI