fbpx

Tiga orang sahaja dibenarkan dalam satu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu selaras pelaksanaan PKP.

PUTRAJAYA – Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, majikan diwajibkan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.

“BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan terus menggunakan sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk memantau premis dan kawasan hotspot Covid-19 serta mengambil tindakan susulan seperti yang telah diputuskan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk duduk di rumah jika tiada perkara penting yang perlu diuruskan.

“Yang terbaik ialah duduk di rumah untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19. Sama-sama kita hadapi gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI