fbpx

Polis dikait Geng Nicky bebas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilionair dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee yang mengetuai Geng Nicky bergambar bersama sejumlah wang sebelum melarikan diri.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan permohonan habeas corpus yang difailkan seorang pegawai penyiasat kanan polis yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas pegawai kanan polis tersebut iaitu Asisten Superitendan (ASP) Baldev Singh Gurdial Singh, 36, selaku pemohon menarik balik permohonan habeas corpus tersebut.

“Saya membatalkan permohonan (habeas corpus) ini, ” kata Mohamed Zaini.

Terdahulu peguam Meneesha Kaur yang mewakili pemohon memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebelum ini pihaknya telah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik permohonan tersebut.

“Pemohon (Baldev Singh) telah diberikan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pemohon juga telah dibebaskan pada 5 Mei lalu, pohon harbeas corpus ini di tarik balik, ” kata Maneesha.

Peguam Persekutuan Norazlin Mohamad Yusoff yang mewakili responden-responden mengesahkan perkara tersebut dan tidak membantah dengan permohonan itu.

Baldev Singh memfailkan permohonan habeas corpus pada 30 April lalu dengan menamakan Superitendan Amran Mohd. Jusin (pegawai penyiasat) dan Ketua Polis Negara masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Berdasarkan afidavit sokongan pemohon yang difailkan bersama permohonan itu, Baldev Singh mendakwa beliau ditahan pada 26 April lalu di ibu negara untuk siasatan yang melibatkan suatu kes jenayah di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan SOSMA.

Dalam permohonan itu, Baldev Singh mendakwa beliau tidak pernah terlibat dengan apa-apa kes yang berkaitan di bawah Seksyen 130V dan penahanannya di luar skop serta jangkaan seksyen berkenaan atau di bawah peruntukan SOSMA selain penahanannya adalah tidak sah serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 9 April lalu, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Geng Nicky.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang medianya pada 27 April lalu berkata, seramai 10 pegawai Polis Diraja Malaysia dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan dalam Ops Pelican 3.0 Fasa 2 yang dijalankan Polis Kontinjen Johor kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan jenayah kumpulan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI