fbpx

Nelayan Vietnam ditahan ketika tangkap ikan belitong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Nur Syam Asmawie (kanan) menunjukkan ikan belitong yang ditangkap oleh nelayan warga Vietnam di perairan negara.

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang dipercayai menangkap ibu ikan belitong di perairan negara kelmarin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, dalam tangkapan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, pihaknya turut menahan enam nelayan termasuk seorang tekong berusia antara 35 hingga 61 tahun selepas didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya, sebelum tangkapan dijalankan, Kapal Maritim (KM) Tok Bali melakukan rondaan sekitar 170 kilometer dari kuala Tok Bali sebelum melihat bot yang dinaiki nelayan asing cuba meloloskan diri ke sempadan negara jiran.

“KM Tok Bali berjaya mengejar dan menahan bot nelayan itu kira-kira 18 minit kemudian. Pemeriksaan lanjut telah menemui sebanyak 100 kilogram ikan pelbagai jenis dan 200 liter diesel dengan nilai keseluruhan berjumlah RM400,000 termasuk bot.

“Bot berkenaan dipercayai menggunakan rawai dengan pelbagai saiz mata kail untuk menangkap ikan seberat 30 kilogram ke atas dan fokus utama adalah untuk menangkap ibu ikan belitong,” katanya pada sidang akhbar di jeti Maritim Malaysia Kelantan di sini hari ini.

Menurut Muhd. Nur Syam Asmawie, siasatan turut mendapati, tekong bot itu juga gagal menunjukkan dokumen kebenaran menangkap ikan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 11 buah bot ditahan iaitu tujuh buah bot nelayan Vietnam, dua kapal tangki, sebuah bot nelayan tempatan dan satu rampasan sebuah bot fiber dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan mencecah hampir RM7.9 juta dengan penahanan seramai 55 orang suspek. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI