fbpx

Sindiket curi kenderaan mewah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Yong Lei Choo menunjukkan peralatan yang digunakan ahli sindiket untuk mencuri kenderaan di sini hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 13 ahli kumpulan ‘King’ yang disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket curi kenderaan mewah ditahan menerusi beberapa siri serbuan baru-baru ini.

Sindiket berkenaan dikesan aktif dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah sejak tiga tahun lalu di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun.

“Beberapa siri serbuan telah dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sekitar ibu negara, Kelantan dan Selangor.

“Polis turut merampas lima buah kenderaan mewah pelbagai jenama yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur dan Johor dianggarkan bernilai RM1 juta,” katanya ketika sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini.

Mengulas lanjut, modus operandi sindiket berkenaan adalah menyasarkan kenderaan mewah dan menyalin frekuensi kunci kenderaan semasa ditinggalkan.

“Ahli sindiket berkenaan akan membuka kenderaan tersebut dan alat peranti ‘jammer’ akan diaktifkan untuk menghalang kedudukan sejagat (GPS) daripada berfungsi.

“Kenderaan yang berjaya dicuri akan dilarikan ke Kelantan sebelum diseludup masuk ke negara jiran. Setiap kenderaan yang berjaya dicuri akan diberi upah sehingga RM2,500,” jelasnya.

Katanya, kumpulan ini juga mempunyai rangkaian ahli di sekitar Lembah Klang sehingga ke negara jiran.

“Sebanyak 62 kes kecurian kenderaan mewah bernilai RM6.2 juta telah berjaya diselesaikan dengan penangkapan ahli sindiket ini.

“Kesemua yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini akan disambung reman untuk membantu siasatan,” ujarnya

Kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. -K ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI