fbpx

Pegawai kanan IPK KL lindungi aktiviti haram disiasat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan yang yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan sepenuhnya diserahkan kepada SPRM membabitkan dakwaan melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

“Sebarang tindakan lanjut yang akan diambil bergantung kepada hasil siasatan SPRM.

“Kita serah kepada SPRM jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, selepas itu, baharu kita akan lihat tindakan dari pihak kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Allaudeen berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan SPRM menahan seorang pegawai kanan yang bertugas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Ia selepas suspek dipercayai terlibat melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Sehubungan itu, pegawai kanan polis yang bertugas di sebuah jabatan itu telah ditahan di Putrajaya.

Difahamkan, hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi proses siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI