fbpx

Masjid Londah ditutup susulan penularan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekarangan masjid disanitasi oleh pasukan bomba hari ini.

TAMPIN – Masjid Kariah Londah diarahkan tutup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bermula Sabtu lalu susulan penularan kes Covid-19 di perkampungan berkenaan.

Menurut status rasmi Masjid Kariah Londah berkenaan, arahan penutupan masjid berkenaan adalah disebabkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi di perkampungan berkenaan.

“Setakat semalam (Jumaat) terdapat 12 kes positif Covid-19 direkodkan di perkampungan berkenaan.

“Masjid ditutup dan akan dimaklumkan pembukaannya di suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian,” katanya dalam perkongsian di media sosial, di sini baru-baru ini.

Pihak pengurusan masjid juga mengumumkan kepada penduduk setempat masjid transit bagi daging mantai yang akan menggantikan Masjid Kariah Londah ialah Masjid Jamek Pekan Pedas.

23 April lalu, Kosmo! melaporkan Masjid Kariah Bangkahulu ditutup susulan kira-kira dua minggu susulan pengesanan kes positif Covid-19 membabitkan imam masjid berkenaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI