fbpx

Liverpool masih menaruh harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCANTARA (kiri) berjaya meledak gol pertama bersama Liverpool ketika mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Southampton awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara mengakui, dia dan rakan-rakan sepasukannya akan berusaha mencipta magis dengan lolos ke kelompok empat pasukan terbaik sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pada aksi bertemu Southampton di Anfield awal pagi semalam, Liverpool berjaya mencatat kemenangan 2-0 yang menyaksikan Alcantara berjaya meledak gol pertamanya bersama pasukan itu.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool berjaya memberi tekanan kepada pasukan di kedudukan keempat iaitu Leicester City yang tewas 2-4 kepada Newcastle sebelum ini.

The Reds yang ketika ini masih kurang satu perlawanan, kini berada di kedudukan keenam dan hanya ketinggalan enam mata di belakang Leicester.

Dalam aksi tersebut, Sadio Mane membuka tirai jaringan menentang kelab lamanya itu selepas menerima umpanan menarik daripada Mohamed Salah pada minit ke-31.

Kemudian, giliran Alcantara mencetak namanya sebagai ­­­ ­penjaring kedua Liverpool dalam masa kecederaan.

“Kami masih ada peluang yang kecil walaupun tetap realisitik dengan keadaan semasa. Apa yang penting adalah kami berjaya meraih tiga mata.

“Kami berjaya mendominasi perlawanan dan mencipta gerakan serta mendapat beberapa peluang terbaik. Saya gembira kerana berjaya membantu pasukan ini menjaringkan satu gol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI