fbpx

Kesihatan merosot, punca Hayun tinggalkan Brave Girls

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAYUN

MUNGKIN bagi yang belum tahu, kumpulan yang sedang menempa populariti ketika ini iaitu Brave Girls mempunyai seorang bekas ahli yang bernama Hayun.

Hayun meninggalkan kumpulan itu pada 2018 ketika mereka baru sahaja meluncurkan lagu Rollin’ yang kini kembali tular selepas beberapa tahun.

Bagaimanapun, jelas penyanyi itu, dia bertindak meninggalkan Brave Girls atas alasan kesihatan.

Hayun menyertai kumpulan itu pada 2016 bersama anggota lain dan terlibat dalam proses rakaman lagu Rollin’ pada 2018. Dia kemudian mengambil keputusan mengundur diri tidak lama selepas peluncuran lagu tersebut.

Disebabkan itu, ramai peminat tertanya-tanya dan berminat untuk mengenali diri Hayun memandangkan dia turut terlibat dalam penghasilan lagu Rollin’.

“Saya mengalami gangguan hormon dikenali sebagai hyperthyroidism tetapi kesihatan semakin terjejas ketika fasa promosi kumpulan kami.

“Sekarang saya masih menerima rawatan tetapi keadaan stabil. Walaupun sedih tetapi saya terpaksa meninggalkan kumpulan.

“Sekarang, melihat kepada kejayaan dicapai Brave Girls, saya tumpang gembira dan bangga kerana sempat menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI