fbpx

Penutupan Pasar Borong KL: KPDNHEP pertingkat penguatkuasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menilai situasi yang mungkin boleh menjejaskan bekalan barang-barang perlu menjelang Hari Raya Aidilfitri susulan penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mengambil maklum tentang situasi pasar berkenaan yang ditutup mula hari ini ekoran wabak Covid-19 yang menjangkiti ramai peniaga dan pekerja di sana.

Katanya, walaupun insiden itu bukan kali pertama berlaku, namun situasi tersebut perlu ditangani dengan baik supaya ia tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang-barang tertentu.

“Pemantauan melalui Ops Pantau akan terus dipergiatkan bagi meminimumkan kesan penutupan pasar borong tersebut.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa akan terus melaksanakan tugasan demi memastikan isu bekalan dan harga dapat ditangani sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan untuk menutup operasi di bahagian ikan Pasar Borong Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 16 Mei depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI