fbpx

20 PATI tidak sempat beraya di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI Indonesia yang dicekup pihak berkuasa.

KLANG – Hasrat 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia pulang beraya menerusi laluan tikus tidak berjaya apabila dicekup di kawasan paya bakau Jalan Benteng Kiri, Kapar di sini semalam.

Kesemua mereka termasuk empat wanita berusia 20 hingga 50 tahun ditangkap kira-kira pukul 3 petang menerusi Op Benteng Covid.

Pegawai Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superintendan Rizal Mohamed berkata, kejayaan itu hasil kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dan Pasukan Polis Marin (PPM), Pelabuhan Klang dalam mengesan kumpulan PATI yang dipercayai sedang menunggu air pasang.

Katanya, ini berdasarkan penemuan bot yang dianggarkan RM42,000 namun tiada transporter atau tekong laut dipercayai telah melarikan diri.

“Siasatan mendapati mereka membayar RM1,200 hingga RM1,800 setiap seorang untuk pulang menyambut perayaan Aidilfitri.

“Kesemua mereka dipercayai cuba keluar dari negara ini menerusi jalan tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1956/63.

Rizal turut menjelaskan bot dan enjin diserah kepada PPM Pelabuhan Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI