fbpx

Song Joong-ki jadi hero Heize

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG JOONG-KI dan Heize.

NAMPAKNYA aktor berbakat besar Song Joong-ki tidak boleh duduk diam selepas drama fenomena Vicenzo menamatkan tayangan baru-baru ini.

Menurut laporan media dan sumber terdekat, Joong-ki bakal hadir sebagai hero utama bagi sebuah muzik video (MV) penyanyi rap Korea Selatan terkenal, Heize.

Menambahkan keyakinan ramai, agensi penaung Heize, P Nation dalam satu ciapan dalam akaunTwitter rasminya mengesahkan berita berkenaan baru-baru ini.

“Khabarnya dia (Joong-ki) sudah pun menamatkan penggambaran pada 5 Mei dan hanya menunggu proses suntingan akhir untuk MV tersebut,” kata agensi.

Terdahulu, nama Joong-ki disebut-sebut impak keberkesanan lakonan penonton menerusi drama K-pop, Vicenzo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI