fbpx

Lirik penuh makna buat Rose Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSE BLACKPINK

ANGGOTA kumpulan Blackpink, Rose menerusi satu temu bual eksklusif baru-baru ini mendedahkan bahagian lirik kesukaan daripada lagu terbaharunya, On The Ground.

Menurut Rose, bahagian pre-chorus dalam On The Ground ialah bahagian paling digemarinya.

“Lirik berbunyi, I worked my whole life. Everything I need is on the ground merupakan lirik kesukaan saya.

“Lirik itu membawa erti saya telah bekerja keras untuk mencapai matlamat hidup. Saya mula bekerja pada usia muda iaitu 16 tahun sehingga sekarang,” katanya.

Rose turut menyatakan bahawa apa yang diperlukannya bukanlah untuk kekal berada pada tempat yang tertinggi buat selama-lamanya.

“Sebelum kita berjaya untuk sampai ke peringkat tinggi, semuanya harus bermula dari bawah,” katanya kepada penonton ketika ditanya hos program.

Untuk rekod, On The Ground merupakan single terbaharu Rose dan lirik lagu tersebut 100 peratus menggunakan bahasa Inggeris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI