fbpx

Remaja maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala

ALOR GAJAH – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah treler di lampu isyarat Jalan Kelemak, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, mangsa, P. Pannir Selvam, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Rembia.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang remaja tersebut telah bergesel dengan bahagian sisi kiri treler menyebabkannya terjatuh di bawah tayar kenderaan berat berkenaan.

“Mangsa kemudian telah digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, hasil siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati keadaan cuaca serta lalu lintas adalah baik dan kemalangan dipercayai berlaku atas faktor kegagalan mangsa mengawal motosikalnya.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Saksi yang berada di tempat kejadian diminta untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI