fbpx

Nurul Hafiza berbaju bundle sambut Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru SMK Kampong Pasir Puteh, Adura Mohamed (kanan, depan) dan Abdul Aziz Zakaria (kanan, belakang) membantu pelajar memilih baju di Butik Kasih di sekolah itu hari ini.

IPOH – Ketika rakan sebaya sibuk membeli baju baharu untuk dipakai pada Aidilfitri ini, Nurul Hafiza Abdul Fattah, 19, pula memilih membeli baju kurung bundle bernilai RM1 untuk dipakai pada pagi 1 Syawal nanti.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia tidak segan mahupun malu untuk menyarung pakaian terpakai itu kerana ia bukan sahaja masih dalam keadaan baik malah kelihatan seperti baharu.

“Jika beli baju raya baharu, harganya agak mahal dan saya tidak mahu bebankan ayah dan ibu. Walaupun baju raya ini bernilai RM1, ia sebenarnya amat bernilai buat saya,” katanya ketika ditemui di Butik Kasih di sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Pasir Puteh di Lahat di sini hari ini.

Butik Kasih merupakan inisitif terbaharu SMK Kampong Pasir Puteh selepas program Gerobok Rezeki Februari lalu yang membantu pelajar kurang berkemampuan menerusi pemberian barangan makanan keperluan asas.

Program cetusan guru Bahasa Melayu, Abdul Aziz Zakaria itu membantu pelajar memerlukan memiliki pakaian dan kasut terpakai yang berkualiti dengan harga terendah.

Bagi pelajar yang tidak mampu, mereka dibenarkan mengambilnya secara percuma.

Menurut pelajar tingkatan enam itu, inisiatif guru sekolahnya amat dihargai kerana memberi peluang kepada pelajar sepertinya memiliki baju kurung untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pembukaan kedai pakaian terpakai itu mendapat sokongan ramai di mana mereka turut menerima sumbangan pakaian dan kasut daripada pelbagai pihak.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Butik Kasih dan Gerobok Rezeki boleh menghubungi sekolah di talian 05-322 5150. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI