fbpx

Wanita Mali lahir bayi kembar sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat dari sembilan bayi kembar yang dilahirkan oleh seorang wanita Mali. - The Sun

RABAT, Maghribi – Seorang wanita Mali mencipta keajaiban perubatan apabila selamat melahirkan bayi kembar sembilan atau nonuplet menerusi pembedahan Caesarean.

Halima Cisse, 25 tahun itu pada mulanya hanya dijangka melahirkan enam bayi kembar namun angka tersebut berubah selepas sekumpulan doktor di sebuah klinik di Morocco mengesahkan terdapat lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki ketika pembedahan berlangsung.

Halima (tengah) sebelum menjalani pembedahan Caesarean melahirkan kembar sembilan. – AsiaOne

Pengarah Perubatan Klinik Ain Borja, Profesor Youssef Alaoui, kes kelahiran berganda seperti ini sangat jarang berlaku dan luar biasa.

Youssef berkata Halima dan sembilan anaknya berada dalam keadaan baik dan pembedahan itu berjalan lancar.

Kesemua bayi yang dilahirkan pramtang di usia kandungan 30 minggu mempunyai berat antara 500 gram dan satu kilogram perlu diletakkan dalam inkubator sekitar dua hingga tiga bulan bagi penjagaan rapi.

“Cisse hamil 25 minggu ketika dimasukkan ke klinik kami dan kakitangan perubatan berjaya memanjangkan tempoh kandungan hingga 30 minggu sehingga kontraksi bermula,” kata Youssef.

Pasukan perubatan yang terdiri daripada 10 doktor dibantu oleh 25 orang paramedik untuk melahirkan kembar sembilan tersebut.

Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby, mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan Mali dan Morocco yang optimis dan profesional dalam mengendalikan kes kehamilan rumit ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI