fbpx

Tindakan kejam buang kucing dalam tong sampah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ibu dan anak kucing yang diikat dalam guni sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

PETALING JAYA – Tindakan manusia tidak berperikemanusiaan meletakkan ibu serta anak-anak kucing yang baru dilahirkan di dalam guni dan membuangnya ke dalam tong sampah mengundang rasa marah netizen.

Menerusi perkongsian seorang netizen yang dikenali Mohd. Yani Yani dia laman Facebook Penduduk Kijal Sejahtera, dia memaklumkan kejadian itu sangat kejam dan tidak berhati perut.

“Minta perhatian sikit, jika hendak membuang kucing pun, tidak suka pada kucing, tidak perlu untuk buangnya di dalam tong sampah.

“Sudahlah dibuang ke dalam tong sampah, diikat ketat-ketat, kesian haiwan itu dianiaya. Guna akal fikiran jika mahu buang mereka,” tulisnya.

Tambahnya lagi, kesemua kucing itu diletakkan di dalam guni dan apabila dia membuka guni tersebut, anak-anak kucing kelihatan kaku dan seperti tidak bernyawa lagi.

“Kucing ini baru beranak, sesiapa yang buang kucing di dalam tong sampah itu, ada otak tidak hendak berfikir, janganlah dibuang ke dalam tong sampah sekali pun membenci haiwan tersebut.

“Mujur saya terserempak ketika mahu membuang sampah, tolong berhati perut dan gunakan akal fikiran yang diberikan,” ujarnya.

Jelasnya, dia berharap agar individu yang membuang kucing utnuk segera insaf dan mengingati orang ramai akan segala apa yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal.

Setakat pukul 1 tengahari hari ini, hantaran tersebut mendapat 190 komen dan 801 perkongsian. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI