fbpx

Kertas siasatan Neelofa telah diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD (kiri) memakaikan pangkat dari Sarjan Mejar kepada Sarjan Mejar Mat Shah dalam majlis di IPK Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Kertas siasatan melibatkan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa dan suaminya, yang didakwa melanggar rosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini sudah pun diserahkan kepada pihak pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, bagaimanapun, kertas siasatan tersebut dikembalikan semula kepada pihak polis berikutan terdapat beberapa perkara yang perlu diperkemaskan.

“Pihak polis dalam peringkat akhir siasatan. Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya peringkat awal, ada beberapa tindakan perlu diambil, insya-Allah kami akan memaklumkan pihak media.

“Kertas siasatan itu akan diperkemaskan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan kepada Sarjan Mat Shah Kasim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Kelmarin, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada Ahad lalu.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI