fbpx

7 Geng Nantha Kumar didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang Geng Nantha Kumar.

IPOH – Seramai tujuh individu yang diburu sejak tahun 2018 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nantha Kumar’.

Mereka yang didakwa ialah Gunasegaran, 32; Muhammad Firdaus Abdullah, 28; Rahuljeet Singh, 28; P. Kamal Raj, 27; N. Pubalan, 31; S. Kumaran, 35, dan G. Prem, 23

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Nantha Kumar dan melakukan kesalahan itu di daerah Kinta antara Ogos 2018 hingga Februari 2020.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd. Rahman dan Mohd. Farhan Aliff Ahmad manakala hanya enam tertuduh kecuali Pubalan diwakili peguam. Sebutan semula kes pada 8 Jun ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI