fbpx

Tiarap pesakit Covid-19 untuk dapat oksigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular memaparkan petugas perubatan meniarapkan pesakit Covid-19 untuk menerima lebih oksigen.

PETALING JAYA- Petugas perubatan di Hospital Sungai Buloh terpaksa meniarapkan seorang pesakit Covid-19 bagi membolehkan paru-parunya menerima lebih oksigen.

Berdasarkan satu video berdurasi 15 saat yang dikongsi di Twitter Kementerian Kesihatan (KKM) tadi, pesakit itu ditiarapkan ke bawah untuk membantunya bernafas dengan lebih baik.

“Proses itu memerlukan sekurang-kurangnya tujuh orang untuk mengalihkan pesakit dalam keadaan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

“Hargailah jururawat dan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kami tak minta dicela sebab orang ramai tak boleh balik beraya,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berbeza terhadap video berkenaan yang dimuat naik oleh seorang petugas perubatan dikenali sebagai Dr. Siti Sarah Aishah Suhaidi.

Jelas Dr. Siti Sarah, proses itu hanya dilakukan kepada pesakit yang bergantung kepada bantuan pernafasan sahaja.

“Kamu jangan meniarapkan badan bila dalam udara bilik, kondisi itu hanya dibuat bila ada mesin bantuan oksigen sahaja, harap semua faham,” katanya.

Seorang pengguna Twitter @bulah01 berkata, netizen tidak mempunyai masalah dengan petugas barisan hadapan sebaliknya dengan individu yang menggunakan kuasa untuk kepentingan diri.

“Yang jadi hal dengan orang yang ada kuasa tapi guna untuk kepentingan sendiri selain orang yang tunjuk kuasa dengan pergi sana sini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI