fbpx

Pelantar penggerudi Naga 7 sudah tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan pelantar penggerudi Naga 7 yang tenggelam ke dasar laut, pagi semalam.

PETALING JAYA – Pelantar penggerudi Naga 7 berhampiran Kumang Field, Miri, Sarawak dilaporkan sudah tenggelam sepenuhnya kira-kira pukul 7.45 pagi, semalam.

Jurucakap ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 2.45 petang semalam menyebabkan pelantar penggerudi itu perlahan-lahan tenggelam.

“Seramai 101 kru berada di atas pelantar minyak ketika itu bagi menjalankan kerja-kerja menggerudi di kawasan blok Salam 3 ketika kejadian.

“Kawasan berlakunya insiden itu terletak kira-kira 135 batu nautika dari pantai Miri,” ujarnya semalam.

Beliau berkata, sebaik menerima makluman berhubung insiden itu, pasukan tindakan kecemasan ConocoPhillips bertindak pantas dengan memindahkan kesemua kru atas pelantar minyak berkenaan ke kawasan selamat.

“Kesemua kru dibawa pulang ke pusat transit di Miri pada hari yang sama, baki 16 orang lagi akan dibawa esok (hari ini),” ujarnya.

Bagaimanapun, ConocoPhillips enggan mendedahkan punca sebenar berlakunya kejadian berkenaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI