fbpx

Pandelela juara dunia, pahat sejarah baharu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDALELA RINONG

RATU terjun negara, Pandelela Rinong berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu pada Piala Dunia Terjun FINA di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Pandelela, 28, mengumpul 355.70 mata dalam lima terjunan untuk mengunguli acara itu dan menewaskan Matsuri Arai dari Jepun yang terpaksa berpuas hati meraih tempat kedua dengan 342 markah.

Pingat gangsa dalam acara itu dimenangi penerjun Kanada, Caeli McKay yang sekadar memungut 338.55 markah.

Kejayaan Pandelela itu merupakan satu sejarah baharu buat sukan terjun negara kerana ia adalah pingat emas pertama Malaysia dalam saingan Piala Dunia Terjun sejak penganjuran edisi pertama di Texas, Amerika Syarikat pada 1979.

Pencapaian membanggakan itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang berbangga Pandelela mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita sebelum acara terbesar tahun ini (Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai depan). Saya sangat berbangga dengan Pandelela,” menurut kenyataan Reezal di laman Twitter peribadinya.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Cheong Jun Hoong tidak perlu kecewa walaupun gagal ke pentas final 10m platform individu apabila terkandas pada  pusingan separuh akhir.

Ini kerana Jun Hoong sudah mencapai sasaran iaitu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara berkenaan sewaktu peringkat saringan semalam. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI