fbpx

Pahang belanja RM56 juta bagi ringankan beban rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (kanan) menyampaikan BPP kepada guru dan penyelia takmir di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, di sini semalam.

KUANTAN – Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM56 juta bagi menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang mula dilaksanakan awal tahun ini dalam usaha membantu meringankan beban rakyat di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BPP yang memberi manfaat kepada rakyat itu akan dilaksanakan berterusan selagi kerajaan negeri mempunyai kewangan yang kukuh.

“Kerajaan negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan kita memulangkannya semula kepada rakyat menerusi BPP yang dilaksanakan secara berperingkat dan kita akan selalu turun padang melihat keperluan rakyat.

“Sekarang ini kita tidak akan menunggu sebaliknya kita mencari apa lagi bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat, kita akan selalu turun padang kerana cara itu lebih berkesan,” katanya selepas Majlis Penyerahan BPP kepada guru dan penyelia takmir serta penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan juga Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan dua buah kenderaan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah negeri.

Menurutnya, seramai 475 guru dan penyelia takmir serta penyelia KAFA dari seluruh Pahang menerima BPP berjumlah RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak M237,500.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu golongan terbabit terutamanya untuk persediaan mereka menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI