fbpx
Duffy ketagih angkat beban selepas menghabiskan 20 jam seminggu di gimnasium. - Courtesy Image

Nenek 71 tahun ketagih angkat beban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRUMBULL, CONNECTICUT- Seorang wanita berusia 71 tahun yang dinobatkan sebagai salah seorang nenek terkuat di dunia mengaku menghabiskan 20 jam seminggu di gimnasium, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Mary Duffy yang mula ke gimnasium untuk menurunkan berat badan semasa berusia 59 tahun menjadi ketagih untuk mengangkat beban.

Meskipun Duffy mampu mengangkat lebih banyak berbanding apa yang boleh diangkat lelaki separuh daripada usianya, dia sering diberitahu sudah terlalu tua untuk bersenam di gimnasium.

Dia berjaya menyangkal dakwaan itu apabila berjaya mencatat rekod dunia dengan mengangkat beban seberat113 kilogram yang lebih berat daripada seekor anak gajah baru-baru ini.

“Saya mula serius ke gimnasium kira-kira 10 tahun lalu selepas saya sedar berat badan telah naik.”Selepas mencapai berat ideal, saya sedar saya mula ketagih untuk mengangkat beban dan membina otot,” kata Duffy.

Tambah Duffy, dia tidak akan berhenti melakukan latihan mengangkat beban kecuali jika keadaan memaksa seperti faktor kesihatan. -Agensi