fbpx

Madhuri Dixit lepaskan Dance Deewane 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADHURI DIXIT

PELAKON Madhuri Dixit memutuskan untuk menarik diri daripada terlibat dengan penggambaran rancangan realiti popular, Dance Deewane musim ketiga kerana tidak mahu menjalani penggambaran di luar Mumbai, India.

Pemerintah telah melakukan penutupan sepenuhnya di negeri tersebut sehingga menyebabkan banyak aktiviti sosial dan pertunjukan yang berlangsung di sana tidak dapat dilakukan.

Ekoran daripada keputusan tersebut, banyak produksi di Mumbai memilih untuk keluar sementara waktu ke bahagian wilayah lain supaya dapat bekerja sehingga keadaan di Mumbai kembali terkawal.

Madhuri yang terlibat dalam penggambaran Dance Deewane 3 kemudiannya menarik diri selepas pihak produksi memutuskan untuk berpindah lokasi dari Mumbai ke Bangalore.

“Saya tidak mahu ke mana-mana kerana situasi pandemik di India sangat buruk,” ujar pelakon filem Dil To Pagal Hai itu. Tempat Madhuri kini digantikan dengan pelakon Sonu Sood dan Nora Fatehi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI