fbpx
Gambar hiasan

DPP positif Covid -19, bahagian perbicaraan dan rayuan AGC dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kesemua kes-kes jenayah yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bermula 3 hingga 13 Mei ini telah ditangguhkan dan dijangka akan bermula semula pada 17 Mei ini.

Ia berikutan apabila salah seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dari Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) itu telah disahkan positif Covid – 19 pada Jumaat lalu.

Justeru sebilangan besar Timbalan-timbalan Pendakwa Raya dari bahagian itu perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 10 hari mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaan atau sehingga diarahkan sebaliknya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bahagian Perbicaraan dan Rayuan tersebut diketuai, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Kebenaran untuk menangguhkan kesemua kes-kes itu diberikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf pada Sabtu lalu yang kemudian disampaikan kepada Manoj melalui emel daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh.- K!ONLINE