fbpx

Beruang matahari ditemui mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai beruang matahari yang ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala.

HULU TERENGGANU – Seekor beruang matahari jantan ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Batu 23, Jalan Kuala Berang-Ajil, di sini semalam.

Bangkai haiwan liar yang beratnya dianggarkan 100 kilogram ditemui bergelimpangan di atas jalan raya pada pukul 10 malam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, anggota agensinya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung penemuan bangkai beruang matahari berkenaan.

“Sewaktu ditemui, haiwan liar dengan nama saintifiknya ‘helarctos malayanus’ mempunyai kesan kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan

“Kita percaya beruang matahari itu telah dilanggar hingga maut sewaktu melintas jalan di laluan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Malek berkata, bangkai haiwan dilindungi itu telah diambil anggota Perhilitan bagi tujuan pelupusan.

Kosmo! Online 1 April lalu melaporkan seekor beruang matahari betina maut selepas dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz dinaiki empat sekeluarga di Kilometer 388.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI