fbpx

Suu Balm sumbang produk penjagaan kulit bernilai RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jenama penjagaan kulit, Suu Balm menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan kulit rakyat Malaysia dengan menyumbangkan produk bernilai lebih RM10,000 kepada tiga buah hospital di Lembah Klang baru-baru ini.

Pengurus Jenama Suu Balm Malaysia, Shann Bong berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengedarkan satu daripada produk utama mereka iaitu Suu Balm Rapid Itch Relieving & Restoring Moisturizer kepada Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Ampang.

Beliau berkata, usaha itu dibuat memandangkan pesakit yang berdepan isu masalah kulit berpotensi menjadi lebih teruk akibat stres selain turut dipicu situasi pandemik Covid-19.

“Sumbangan tersebut menjadi tanda sokongan Suu Balm terhadap warga hospital khususnya Jabatan Dermatologi dalam menangani keadaan kulit bermasalah seperti kulit sensitif, terlalu kering dan kegatalan.

“Kami sedia maklum masalah kulit yang dialami pesakit amat memberi kesan kepada kualiti kehidupan seharian mereka,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jenama Suu Balm diformulasikan oleh The National Skin Centre yang beribu pejabat di Singapura dengan keterangan lanjut mengenai Suu Balm Malaysia boleh didapati melalui laman web www.suubalm.com.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN