fbpx

Peguam dikuarantin, kes 1MDB Najib ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya berlangsung sepanjang minggu ini di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan selepas salah seorang peguam belanya dikuarantin kerana menjadi kontak rapat beberapa individu yang positif Covid-19.

Dengan penangguhan hari ini, ini merupakan kali keempat Covid-19 menjadi penyebab kes itu ditangguhkan yang mana kali pertama ia ditangguhkan ialah pada 13 Mac 2020 apabila peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terpaksa menjalani kuarantin selepas menjadi kontak langsung dengan individu disyaki dijangkiti virus Covid-19.

Pada 5 Oktober 2020, perbicaraan itu kemudian tertangguh selepas Najib terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu selepas pulang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan

Kali ketiga ia ditangguhkan adalah selepas saksi pendakwaan ke-10 yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd. Hazem Abd. Rahman menjadi kontak rapat kepada seorang rakannya yang telah diuji positif Covid-19.

Selain perbicaraan kes itu, turut tertangguh ialah rayuan Najib berhubung sabitan salah dan hukuman denda RM210 juta serta penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan berkaitan penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Rayuan, Putrajaya yang dijadualkan bersambung pada 6 Mei ini.

Perbicaraan kes 1MDB akan bersambung pada 17 Mei ini manakala pendengaran rayuan itu ditetapkan pada 18 Mei.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib pula ketika dihubungi turut mengesahkan penangguhan tersebut.

Ujarnya, pihak pembelaan telah memaklumkan mahkamah mengenai perkara tersebut pada Jumaat lalu dan mahkamah membenarkan penangguhan pada hari sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI