fbpx

Majlis tahnik anak Siti Nurhaliza pula dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SiITI bersama tetamu kehormat yang menyempurnakan majlis tahnik anak keduanya, termasuklah, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara dihujani kecaman netizen selepas didakwa menjemput beberapa pendakwa bebas dari negeri lain ke majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa baru-baru ini.

Pertikaian tersebut timbul selepas beberapa keping foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal dilihat hadir ke majlis berkenaan yang diadakan di kediamannya pada Khamis lalu.

Difahamkan acara aqiqah sempena kelahiran bayi serta sambutan maulid nabi turut diadakan pada majlis sama.

Susulan daripada foto tular berkenaan, netizen  mempersoalkan bagaimana salah seorang pendakwah yang dipercayai menetap di Terengganu dibenarkan merentas negeri untuk hadir ke majlis berkenaan.

Malah, terdapat juga netizen yang melahirkan rasa terkilan terhadap penganjuran majlis berkenaan disaat semua rakyat Malaysia dilarang merentas negeri selain tujuan kecemasan.

“Itu majlis tahnik sahaja, mengapa dia (pendakwah) dibenarkan merentas negeri?

“Agak terkilan dengan apa yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara. Harap ada penjelasan,” tulis netizen dipercayai merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Rata-rata netizen menganggap pelantun lagu Kuasa Cintamu itu kurang sensitif dengan keluhan orang ramai berkaitan isu rentas negeri. Majlis berkenaan disempurnakan dengan kehadiran ilmuan agama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Untuk rekod, pada 18 April lalu, Siti selamat melahirkan Muhammad Afwa di sebuah pusat perubatan di ibu negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI