fbpx

Instagram Neelofa tertinggi pengikut di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

PETALING JAYA – Meskipun dilanda 1,001 badai, selebriti berniqab terkenal, Neelofa terus gah dalam media sosial sebagai selebriti tanah air paling ramai pengikut Instagram setakat ini.

Berdasarkan hasil tinjauan Kosmo! Online, sehingga hari ini pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 32, itu memiliki sebanyak 8.6 juta pengikut Instagram.

Jumlah berkenaan sekali gus meletakkan dirinya sebagai selebriti paling berpengaruh dalam Instagram Malaysia seterusnya mengenepikan pemegang tangga pertama terdahulu iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan 8.2 juta pengikut ketika ini.

Catatan tersebut juga membuktikan segala kecaman-kecaman netizen yang kononnya ingin memboikot isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu pelbagai kontroversi seperti pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan selipar penunggang agama sebelum ini sekadar sia-sia.

Sebaliknya, segala kekecohan yang berlaku seperti teka-teki tarikh pernikahan, lawatan kerja bulan madu dan langgar SOP sebenarnya memanaskan lagi pengaruh dan kuasa media sosial isteri PU Riz itu serta keluarganya. Tidak hairanlah jika sebelum ini mereka pernah digelar Kardashian Kelantan.

Berdasarkan hasil tinjauan, selain Neelofa dan Siti Nurhaliza, selebriti versatil, Zizan Razak juga antara artis tanah air dengan jumlah pengikut yang ramai iaitu 7.8 juta, diikuti Nora Danish (7.3 juta) dan Mira Filzah (7.2 juta).

Untuk rekod, Kosmo Online! pada 12 Ogos tahun lalu melaporkan Siti merupakan selebriti tanah air yang mempunyai jumlah pengikut Instagram paling ramai, diikuti Neelofa (7.6 juta), Zizan Razak (7.4 juta) dan Nora Danish (7.1 juta).

Minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu dan beberapa ahli keluarganya lain turut dikenakan kompaun yang keseluruhannya berjumlah RM60,000 atas kesalahan melanggar SOP majlis perkahwinan serta urusan rentas negeri.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI