fbpx

Hasrat pesakit kanser otak beraya di kampung tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraifa diterbangkan dengan menggunakan helikopter dari Langkawi ke Pokok Sena di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Hasrat seorang pesakit kanser otak tahap tiga yang mahu pulang beraya di kampung halamannya di Kampung Bukit Hijau, Mukim Derang, Pokok Sena di sini tercapai apabila dia diterbangkan menggunakan helikopter hari ini.

Remaja terbabit, Noraifa Azira Abdul Aziz, 15, menaiki penerbangan ihsan tersebut dari Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi dekat sini kira-kira pukul 11.15 pagi.

Usaha itu dilakukan aktivis masyarakat, Natipah Abdul, 38, menerusi bantuan pelbagai pihak termasuk tokoh korporat yang juga Pengarah Urusan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.

Menurut Natipah, kerja kebajikan itu turut mendapat bantuan Briged Sukarelawan 1Malaysia (BS1M) Sik dan Bomba Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (YJM).

“Mereka membantu memindahkan Nuraifa sebaik tiba di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau di sini pada pukul 11.45 tengah hari menggunakan ambulans,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Noraifa pada minggu lalu menyatakan hasrat mahu beraya di rumah datuk dan neneknya iaitu Azmi Harun, 63, dan Siti Hawa Osman, 63, di Kampung Bukit Hijau.

“Setiap hari dia akan tanya ibunya bila dia akan dapat pulang ke kampung kerana sudah tiga tahun tidak dapat pulang beraya dan hasrat remaja ini akhirnya dapat direalisasikan,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Noraifa Azira, Roslina Aswira, 38 berkata, dia bersyukur kerana hasrat anak sulung daripada lima beradik untuk beraya di kampung bersama datuk dan neneknya tercapai.

Katanya, anaknya itu mula dikesan menghidap penyakit kronik itu semasa berusia lapan tahun dan pembedahan dilakukan untuk membuang ketumbuhan pada kelenjar otak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI