fbpx

Zidane sedar Real tiada kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (tengah) menyelamatkan maruah Real apabila meledak gol penyamaan ketika mereka sekadar terikat 1-1 menentang Chelsea di Madrid awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane puas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukannya meskipun tidak mempunyai sebarang kelebihan selepas seri 1-1 menentang Chelsea pada saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Real dikejutkan dengan aksi agresif Chelsea sejak awal permainan dimulakan sehingga ketinggalan menerusi gol Christian Pulisic sebelum penyerang utama The Galacticos, Karim Benzema menjaringkan gol penyamaan.

Kata Zidane, pasukannya sudah memberikan yang terbaik dalam usaha untuk bangkit mencatat kemenangan khususnya pada separuh masa kedua, tetapi percaya keputusan seri 1-1 adalah adil buat kedua-dua pasukan.

“Kami beraksi di bawah tahap sebenar pada babak pertama tetapi berjaya menyamakan kedudukan selain tidak membuka ruang buat pasukan lawan menambah jaringan dan pada babak kedua pemain lebih tenang.

“Namun, agak terlewat buat kami mencatat kemenangan dan saya anggap keputusan seri ini adalah adil buat kedua-dua pasukan. Apa yang pasti, saya percaya peluang untuk kita layak ke final masih lagi terbuka,” kata pengendali kelahiran Perancis itu.

Sementara itu, Zidane mengakui sangat berharap kapten pasukan, Sergio Ramos sempat cergas untuk menguatkan benteng menjelang aksi kedua di Stamford Bridge pada minggu depan.

“Meskipun masih belum menjalani latihan penuh sejak diketepikan lebih sebulan, saya berharap Ramos dapat diturunkan minggu depan. Begitu juga beberapa pemain lain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI