fbpx

Bukan hanya pekerja Genting Group terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

KUANTAN – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri memaklumkan proses suntikan vaksin kepada 3,036 penerima dari sektor perhotelan dan penyelenggaraan dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Melalui satu kenyataan media dikeluarkan jawatankuasa berkenaan hari ini, penerima vaksin terbabit bukanlah hanya pekerja Genting Group sahaja, tetapi turut diberikan kepada mereka yang terbabit dalam kerja pembersihan dan tukang kemas yang bertugas dalam sektor perhotelan di enam daerah di Pahang.

“Antara faktor penting yang kita ambil kira sebelum memberikan vaksin kepada mereka ialah kewujudan Kluster Genting yang berlarutan selama dua bulan yang memberi kesan secara langsung kepada kira-kira 560 pekerja selain keperluan menjadikan hotel sebagai lokasi atau pusat kuarantin dalam usaha menggerakkan ekonomi dan sektor sokongan negeri iaitu pelancongan dan pengangkutan.

“Jumlah perancangan asal agihan dos ialah 1,575 dos sahaja, namun disebabkan bilangan sektor pengangkutan darat yang layak tetapi tidak mendapat sambutan seperti disasarkan, menyebabkan jumlah penerima bagi sektor perhotelan dinaikkan kepada 3,036 orang,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan bahawa inisiatif itu hanya dilakukan selepas 32,156 petugas barisan hadapan kesihatan dan perkhidmatan penting yang disasarkan sebagai penerima vaksin fasa pertama oleh Kerajaan Persekutuan, selesai menerima vaksin masing-masing.

“Kerajaan Pahang menerima 5,319 dos tambahan dalam fasa pertama untuk petugas barisan hadapan selain Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk guru, ‘comorbid’ dan lain-lain dengan 3,820 guru sudah menerima vaksin itu dalam dua fasa berbeza.

“Sebanyak 5,600 dos tambahan vaksin Sinovac pula diterima untuk penerima daripada sektor pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), perkhidmatan sokongan klinik (PSK) dan perkhidmatan sokongan hospital (PSH),” katanya.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan di media sosial yang mendakwa sejumlah pekerja syarikat Genting Group menerima vaksinasi Covid-19 atas arahan beliau.

Khairy dilaporkan berkata, CITF negeri membuat keputusan memberikan vaksin kepada pekerja di sektor pelancongan dan CITF Persekutuan hanya mengetahui keputusan itu selepas proses vaksinasi kumpulan dilakukan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI