fbpx

Budak lelaki maut digilis lori arang batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat Muhammad Nur Rifqi Khairilamru dan motosikal Honda Dash dinaiki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 172 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Neram, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Hasrat seorang budak lelaki berusia tujuh tahun untuk meraikan Aidilfitri bersama sepupu sebayanya di kampung tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 172, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Neram dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Muhammad Nur Rifqi Khairilamru yang membonceng motosikal Honda Dash ditunggangi neneknya terjatuh sewaktu melalui laluan berbukit sebelum digilis sebuah lori membawa muatan arang batu.

Bapa mangsa, Khairilamru Abdul Rani, 36, berkata, Muhammad Nur Rifqi yang mesra dipanggil Angah teruja untuk pulang ke kampung neneknya di Kampung Tok Saboh, Besut untuk berhari raya.

“Angah beriya-iya memberitahu mahu tinggal lebih lama di rumah neneknya yang juga ibu saya untuk menghabiskan cuti sekolah.

“Hujung minggu lalu, saya dan isteri, Nor Hidayah Ramli, 28, yang sedang hamil lima bulan telah membeli baju raya yang akan digayakan ketiga-tiga anak kami termasuk Angah semasa Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Kemaman di sini hari ini.

Sementara itu, Nor Hidayah yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian tersebut enggan ditemubual dan dilihat acap kali mengesat air matanya dengan sehelai baju dipercayai milik Muhammad Nur Rifqi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan sepupu lelakinya yang membonceng motosikal Honda Dash ditunggangi nenek mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Baru Felda Neram 1.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan berbukit, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh sebelum dirempuh sebuah lori membawa muatan arang batu yang berada di belakang.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah pada kepala, tangan dan kaki,” katanya.

Hanyan berkata, motosikal dinaiki mereka kemudianya terbabas menyebabkan Sapor dan cucunya, Ton Muhammad Shafiq Ilham cedera ringan akibat terjatuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI