fbpx

PPIM, 3 doktor fail semakan kehakiman terhadap KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Rizal Abdullah (dua dari kiri) yang mewakili pemohon dan Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi (tiga dari kiri) ketika hadir di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan tiga doktor memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab surat berhubung virus Covid-19.

Permohonan secara sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan melalui Tetuan Rizal Abdullah & Co di Mahkamah Tnggi di sini hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Empat individu selaku pemohon itu ialah Bendahari PPIM Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. A.Roland Victor dan Dr. Sani Ashari.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, pemohon-pemohon mendakwa mereka terkesan daripada tindakan responden-responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemohon pada satu surat yang ditulis pada 20 Januari 2021.

Antara isi kandungan surat itu ialah kaedah pengenalpastian Covid-19, pengendalian pembelian vaksin, penggunaan lain-lain jenis perubatan Covid-19 serta penutupan dan had kehadiran masjid.

Selain itu, mereka juga mengatakan hak asasi dan harapan yang sah sebagai individu dan rakyat Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan selain hak-hak di bawah Perlembagaan Persekutuan terutamanya kebebasan untuk bercakap dan bersuara di bawah artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru kesemua pemohon memohon suatu perintah mandamus untuk mengarahkan responden ketiga menjawab surat yang dihantar oleh pemohon pertama pada 20 Januari lalu bagi tujuan menjelaskan dan memperincikan secara menyeluruh isu-isu berhubung Covid-19 di Malaysia.

Mereka juga memohon suatu perintah, bahawa responden-responden adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pemohon-pemohon berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya mengenengahkan isu ini kerana ia penting bagi mendapatkan jawapan daripada KKM.

Menurutnya, PPIM menghantar surat berkenaan Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini, tiada respon daripada KKM. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI