fbpx
NEELOFA

Netizen puas hati Neelofa dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Netizen 1, Neelofa 0.”

Seperti meraikan kemenangan, rata-rata pengguna media sosial hari ini meluahkan rasa puas hati berhubung tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan Haris Ismail selepas dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 hari ini.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas pasangan tersebut didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk majlis perkahwinannya pada 27 Mac lalu dan melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

ANTARA komen netizen berhubung laporan Neelofa dan Haris dikompaun selepas didapati melanggar SOP PKPB.

Kebanyakan netizen bersyukur kerana teka-teki mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap pasangan itu akhirnya terjawab hari ini.

“Alhamdulillah, itu sikap adil dan saksama pihak berkuasa yang kami nantikan.

“Bila sudah dikompaun, barulah kami (netizen) akan senyap,” tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang membanding-bandingkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap bekas pengacara MeleTOP berkenaan dengan seorang peniaga gerai burger baru-baru ini.

Untuk rekod, menurut Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan rasmi hari ini memberitahu pasangan suami isteri itu dikompaun kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Sementara, Harispula dikompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai polis.

Selain Neelofa dan Haris, 20 ahli keluarga pasangan itu turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung. – K! ONLINE