fbpx

Warga sekolah disaring termasuk pekerja kantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN (kanan) melihat barangan yang dijual pada Ekspo Hasil Suri Selangor di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Saringan kepada warga sekolah termasuk pekerja kantin akan dijalankan susulan penutupan 79 buah sekolah di Selangor akibat Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan kebimbangan pihaknya terhadap guru, pekerja sekolah serta pekerja kantin yang mungkin tergolong mempunyai penyakit serius dan warga emas.

“Isu paling besar kepada sekolah ialah jangkitan kepada murid-murid namun mengikut data yang ada mendapati kadar kemampuan untuk bertahan lebih tinggi berbanding warga emas dan golongan kumpulan penyakit serius.

“Jadi, antara yang kita bimbangkan ialah guru-guru, pekerja sekolah, pekerja kantin yang mungkin tergolong ada penyakit yang serius dan mereka mungkin adalah warga emas. Justeru, ujian saringan akan dijalankan kepada mereka.

“Kalau kepada anak-anak, ia di luar daripada kemampuan kerana mempunyai sejuta pelajar sekolah (di Selangor).
Kalau kita hendak swab semua, itu bukan caranya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekspo Hasil Suri Selangor (Hassel) di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penutupan 79 buah sekolah susulan dua kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor membabitkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan.

Mengulas lanjut, Amirudin memberitahu, pihaknya bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor akan memulakan aktiviti susulan antaranya menjalankan saringan yang akan bermula dalam masa terdekat selepas memperoleh maklumat berkaitan.

“Apa yang kita hendak buat sekarang ialah secara bersasar iaitu bila kita sasar kes yang banyak di suatu kawasan, kita datang dan tengok berapa radius dan networking sekolah tersebut dan kita swab.

“Kita perlu tengok kadar peratusannya, kalau tinggi kita buat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Kalau kita buat saringan secara percuma kepada semua orang, itu bukan kaedahnya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI