fbpx

Kereta mewah terbabit nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta mewah jenis Bentley Continental yang terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 270.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, petang tadi.

SEREMBAN – Sebuah kereta mewah jenis Bentley Continental antara tiga buah kenderaan yang terbabit dalam nahas di kilometer 270.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara) dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, pemandu iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan di bahagian dahi serta dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman, selain kereta jenis Bentley berkenaan, turut terlibat dalam kemalangan ialah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori kontena jenis Volvo yang membawa muatan barang kargo.

“Berdasarkan siasatan, pemandu kereta mewah berkenaan dalam perjalanan dari Johor menghala ke Taiping telah hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kanan jalan dan berpusing sebelum melanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 54 tahun.

“Perlanggaran berkenaan menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu hilang kawalan dan melanggar sebuah treler jenis Volvo yang dipandu oleh seorang lelaki yang juga berumur 37 tahun yang sedang bergerak terus dari arah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fazley berkata, akibat kemalangan berkenaan, mangsa pemandu kereta jenis Bentley dan pemandu Toyota Hilux cedera ringan manakala pemandu lori treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI