fbpx

UEFA ugut empat lagi kelab ‘degil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CEFERIN menggesa empat pasukan berkenaan meninggalkan Liga Juara-Juara jika mahu terus kekal menyokong ESL. – AFP

NYON, Switzerland – Pre­siden Kesatuan Bola Sepak Eropah, Aleksander Ceferin mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap empat kelab yang masih berkeras enggan meninggalkan saingan Liga Super Eropah (ESL).

Pada Isnin lalu, ESL mengumumkan bahawa terdapat 12 kelab akan menyertai saingan berkenaan, namun perancangan itu tergendala selepas lapan pasukan menarik diri termasuk enam daripada Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Real Madrid, Barcelona, Juventus dan AC Milan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pendirian mereka dan dianggap kekal menyokong penganjuran saingan berkenaan.

“Ia adalah jelas kerana kelab-kelab ini perlu membuat keputusan sama ada mereka terus menyokong ESL atau sebaliknya.

“Jika mereka mahu terus menjadi kelab Liga Super Eropah, maka mereka tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. Jika mereka sudah bersedia, mereka boleh beraksi dalam saingan mereka sendiri.

“Pada saya ada perbezaan si­tuasi dengan kelab yang mengakui kesilapan mereka dan membuat keputusan meninggalkan saingan itu. Saya katakan bahawa projek mereka itu telah mati tetapi mereka enggan mengakuinya,” katanya.

UEFA mengadakan satu me­syua­rat kelmarin untuk membincangkan mengenai cadangan hukuman untuk kelab yang menyertai perancangan ESL.

Mereka juga dilaporkan akan mengadakan rundingan bersama Persatuan Bola Sepak di negara-negara terlibat untuk mendapatkan pandangan mengenai tindakan yang sesuai untuk diambil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI