fbpx

Suami Ain Edruce dah jadi artislah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUL dan Ain kini menanti kehadiran zuriat pertama mereka.

KHABARNYA suami kepada pelakon dan pengacara cantik Ain Edruce, Amirul Hafiz dah ikut jejak langkah si isteri dalam bidang hiburan.

Baru-baru ini Diva ada terpandang sebuah hantaran oleh Ain dalam Instagramnya yang meminta supaya Amirul tidak ‘caras’ kerjayanya sebagai selebriti.

Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan Amirul tersenyum di samping jurugambar. Cuma tak pasti sama ada Amirul sedang jalani penggambaran untuk drama atau iklan.

Tidak mustahil pun, sebabnya Amirul pun sekarang ini dah kumpul ramai peminat. Tengok sahajalah video-video yang dikongsi Ain dalam saluran YouTubenya.

Ramai yang suka dengan perwatakan Amirul sebab kelakar dan bersahaja. Jangan-jangan esok lusa tiba-tiba Amirul sertai pula program pencarian bakat pelawak. Mana tahukan?

DIVA: Tahniah juga diucapkan kepada Mariah Carey Malaysia iaitu penyanyi Idayu sebab baru sahaja menimang cahaya mata sulung selepas tujuh tahun berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI