fbpx
Polis sedang mengeluarkan saman terhadap pemandu kereta kancil berusia 47 tahun sekitar pukul 1 pagi, hari ini.

Pemandu kancil kuning tidak berbumbung disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Polis hari ini mengesahkan telah mengeluarkan satu saman atas kesalahan tiada lesen memandu terhadap pemandu kereta Perodua Kancil yang tular menerusi aplikasi TikTok kerana tiada bumbung.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu kereta berkenaan disaman pukul 1 pagi ketika memandu kereta berwarna kuning itu di Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur.

“Semakan lanjut mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan dan tayar depan kanan juga pecah.

“Pemandu berusia 47 tahun dan berasal dari Raub, Pahang itu kemudiannya menunjukkan sebuah lagi kereta kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin belakang kiri pecah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya dan ia juga membahayakan kepada pengguna lain.

Katanya, kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

POPULAR