fbpx

Lelaki cedera jatuh pokok petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari pokok petai di Balik Pulau hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

BALIK PULAU – Seorang lelaki parah selepas terjatuh dari pokok petai di kawasan dusun Bukit Kechil, Jalan Pantai Acheh di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.20 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia dalam lingkungan berusia 30-an memanjat pokok tersebut sebelum terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.28 petang sebelum pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki terjatuh selepas memanjat pokok petai yang terletak di atas bukit.

“Mangsa yang parah dapat berjalan dan dibawa turun ke kaki bukit menggunakan alat pengusung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI